SUSU KAMBING KLARISSA

SUSU KAMBING KLARISSA

SUSU KAMBING KLARISSA merupakan susu kambing yang dihasilkan dengan gabungan formula yang unik untuk menghasilkan rasa berkrim dan manis. Menggunakan penggabungan prosedur yang unik dan istimewa, susu kambing yang dihasilkan tidak “berbau” dan mudah untuk diminum. Susu kambing KLARISSA ini sangat kaya dengan protein, enzim, nutrien penting dan mineral seperti kalsium, kalium dan magnesium. Ia juga sangat kaya dengan Vitamin A untuk sistem pertahanan badan (sistem imunisasi), penglihatan yang baik dan berfungsi sebagai antioksidan untuk menggalakkan kulit yang sihat serta melawan kerosakan sel. Di samping itu, ia mengandungi rantai asid lemak yang sederhana  untuk fungsi jantung yang sihat. Susu kambing juga adalah merupakan minuman kegemaran Nabi Muhammad SAW. Susu Kambing Klarissa semestinya merupakan susu yangberkhasiat untuk kesihatan dalam jangka masa panjang dan sesuai diminum untuk semua peringkat umur.

FUNGSI & KELEBIHAN

♦ Kaya dengan kalsium, kalium dan magnesium. Kalsium membantu menentang osteoporosis, kalium penting untuk mengurangkan tekanan darah tinggi dan
magnesium membantu menggalakkan kesihatan badan secara keseluruhan.

♦ Kaya dengan protein. Protein adalah sangat penting untuk pembangunan dan sistem pertumbuhan. Ia membantu untuk membina dan membaiki sel, tisu, otot dan tulang.
Dengan pengambilan protein yang mencukupi, sistem metabolisme badan akan dipertingkatkan, pertumbuhan dan pembangunan akan dirangsang dengan sewajarnya untuk memastikan tubuh yang sihat.

♦ Lebih mudah dicerna dan mengurangkan keradangan. Gumpalan lemak dalam susu kambing lebih kecil berbanding dengan susu lembu atau susu tenusu
yang menjadikannya lebih mudah untuk dicerna oleh tubuh. Protein dalam susu kambing lebih lembut dicerna dalam perut berbanding produk tenusu yang lain selain membantu sistem pencernaan untuk mengurangkan keradangan.

♦ Meningkatkan penyerapan nutrien. Komposisi molekul dalam susu kambing paling hampir dan serupa dengan susu ibu. Disebabkan oleh persamaan yang hampir serupa ini, badan lebih mudah menyerap nutrien daripada susu kambing.
Nutrien seperti kalsium, kalium dan magnesium mudah dicerna dan diserap oleh badan daripada susu kambing berbanding susu tenusu lain seperti susu lembu.

♦ Mengurangkan kadar lemak dan kolesterol. Susu kambing mempunyai rantaian asid lemak rantaian yang sederhana. Daripada disimpan sebagai lemak badan apabila dimakan, asid lemak ini tidak disimpan sebagai lemak dalam badan
apabila dimakan sebaliknyamemberikan rangsangan tenaga untuk membantu menurunkan tahap kolesterol. Menurunkan tahap kolesterol akan membantu mengurangkan komposisi lemak tubuh.

ArabicChinese (Simplified)DutchEnglishFrenchGermanItalianJapaneseKoreanMalayPortugueseRussianSpanish